0

Your Cart is Empty

Tips Untuk Memilih Warna Outfit Yang Boleh Dipadankan Dengan Warna Tudung Anda- Hijab Friday

January 05, 2018 1 Comment

Tips Untuk Memilih Warna Outfit Yang Boleh Dipadankan Dengan Warna Tudung Anda- Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi dan Assalamualaikum semua, Saya Ika dari Zolace Malaysia. Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday!

Pastinya anda sukar untuk membuat pilihan yang tepat untuk outfit harian anda bukan? Jadi untuk minggu ini saya ingin berkongsikan dengan anda tips untuk memilih warna outfit yang boleh di padankan dengan warna tudung kegemaran anda! Antara tipsnya adalah :

1. Pastikan warna pakaian yang anda pilih tidak melebihi daripada 3 warna.

2. Jika ingin memakai baju yang bercorak anda boleh matchkan dengan seluar atau skirt yang plain serta tudung yang plain.

3. JIka ingin memakai tudung yang bercorak pula pastikan baju dan seluar yang dipilih adalah plain dengan tone yang senada. 

 

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Pastinya anda sukar untuk membuat pilihan yang tepat untuk outfit harian anda bukan? Jadi untuk minggu ini saya ingin berkongsikan dengan anda tips untuk memilih warna outfit yang boleh di padankan dengan warna tudung kegemaran anda! Antara tipsnya adalah :

1. Pastikan warna pakaian yang anda pilih tidak melebihi daripada 3 warna.

2. Jika ingin memakai baju yang bercorak anda boleh matchkan dengan seluar atau skirt yang plain serta tudung yang plain.

3. JIka ingin memakai tudung yang bercorak pula pastikan baju dan seluar yang dipilih adalah plain dengan tone yang senada.

Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zehna Chiffon Curved Shawl dengan Full Of Wonder Kimono Blouse dengan Sleek For Itself Pants kami.Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 5 pin sahaja!

Langkah 1 :Letakkan selendang di bawah dagu anda dan pinkan 

Pertama sekali, letakkan selendang anda di bawah dagu anda seperti ini dan pinkan di sisi muka anda. 

Langkah 2 :Ambil lebihan yang panjang dan bawakan ke atas kepala 

Kemudian, ambil lebihan yang panjang ini dan bawakan ke atas kepala anda seperti ini. Pinkan di sisi kepala anda di sini. 

Langkah 3 :Ambil lebihan panjang dan bawakan ke sisi bertentangan

Kemudian ambil lebihan yang panjang ini dan bawakan ke sisi bertentangan anda seperti ini. Anda boleh masukkan di dalam lubang ini . 

Langkah 4:Kemaskan lebihan dan pinkan di bahu 

Kemudian kemaskan lebihan ini dan bawakan ke bahu dan pinkan di bahu anda. 

Gaya Terakhir

Kemaskan dan anda sudah selesai!

Kami berharap anda akan berpuas hati dan sukakan gaya ini. Jadi, pastikan anda berkongsi gaya ini dengan rakan-rakan anda, tinggalkan komen anda di bawah, subscribe dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisiHijab Friday!

1 Response

erzioewpul
erzioewpul

March 20, 2021

Muchas gracias. ?Como puedo iniciar sesion?

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals