0

Your Cart is Empty

Tampil Bergaya Dengan Aksesori Ala Arab Yang Akan Membuat Anda Tampil Lebih Elegant- Hijab Friday

October 05, 2017

Tampil Bergaya Dengan Aksesori Ala Arab Yang Akan Membuat Anda Tampil Lebih Elegant- Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi dan Assalamualaikum semua, Saya Ika dari Zolace Malaysia. Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Ramai peminat Zolace yang menginginkan gaya shawl yang boleh digayakan untuk ke majlis-majlis ataupun event yang mereka hadiri.

Untuk tampil berbeza anda boleh gayakan shawl ini dengan aksesori-aksesori tambahan seperti necklace, earing dan juga headchain seperti ini. Gaya ini amat sesuai untuk anda yang menginginkan something new and fresh.

 

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Ramai peminat Zolace yang menginginkan gaya shawl yang boleh digayakan untuk ke majlis-majlis ataupun event yang mereka hadiri. Untuk tampil berbeza anda boleh gayakan shawl ini dengan aksesori-aksesori tambahan seperti necklace, earing dan juga headchain seperti ini. Gaya ini amat sesuai untuk anda yang menginginkan something new and fresh.

Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zehna Chiffon Curved Shawl dengan Luxe and Lovely Baju Kurung Modernkami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 5 pin sahaja!

Langkah 1 :Letakkan selendang di atas kepala

Pertama sekali, letakkan selendang di atas kepala anda pastikan satu sisi lebih pendek dan satu sisi lagi lebih panjang.

Langkah 2 :Pinkan sisi yang lebih pendek

Kemudian ambil sisi yang lebih pendek dan pinkan di sisi kepala anda yang bertentangan.

Langkah 3 :Ambil headchain kegemaran anda

Kemudian anda boleh ambil headchain kegemaran anda dan pakaikan di kepala anda.

Langkah 4:Bawakan lebihan shawl ke belakang kepala anda

Kemudian ambil sisi selendang yang lebih panjang dan bawakan ke belakang kepala anda dan pinkan.

Gaya Terakhir:

Anda boleh kemaskan tudung anda mengikut keselesaan. Anda sudah selesai. Jadi, pastikan anda kongsikan gaya ini dengan rakan-rakan anda yang lain.

Kami berharap anda akan berpuas hati dan sukakan gaya ini. Jadi, pastikan anda berkongsi gaya ini dengan rakan-rakan anda, tinggalkan komen anda di bawah, subscribe dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisiHijab Friday!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals